Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Dewasa ini teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan begitu pesat dan pantas. Mahu atau tidak, sedikit sebanyak kita perlu mengikuti perkembangan dunia ICT ini agar kita sentiasa seiring ataupun tidak terlalu ketinggalan dari arus semasa teknologi.

Laman web adalah gerbang kepada dunia untuk mengenali suatu organisasi. Jadi dengan terhasilnya laman web  ini, saya berharap agar ianya akan dijadikan medium oleh mana-mana pihak atau individu untuk mengenali Sek. Keb. Alam Damai (SKAD) ini dengan lebih dekat lagi, terutamanya pihak-pihak yang berkait secara langsung seperti ibu bapa atau penjaga kepada murid-murid SKAD.

Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama sehingga terhasilnya laman web ini dan terima kasih juga kepada anda yang sudi melawat laman web Sek. Keb. Alam Damai ini. Selamat datang ke dunia maya Sek. Keb. Alam Damai.

Sekian, terima kasih.

JAMILAH BT IBERAHIM
Guru Besar
Sek. Keb. Alam Damai
Kuala Lumpur
 

 
     
 

 
 

 

 
 

 
 
 

INFO KURIKULUM

 
 
     
     
 
 

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKAD 2009/2010

 
     
 
     
   
 

 
     
 

 
     
     
 

Pada hari Sabtu, bersamaan 7 Mac 2009 berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan SK Alam Damai. Acara bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan acara membebaskan 7 ekor burung sebagai simbolik kejohanan kali yang ke-7 oleh Timbalan Gabenor Bank Negara iaitu Datuk Zamani b Abdul Ghani dan AJK PIBG yang terdiri dari En Akhter Abd Manan (YDP), En Azmi b Rahim (NYDP) dan beberapa orang AJK yang lain. Guru Besar, Pn Jamilah bt Iberahim serta GPK-GPKnya turut mengambil bahagian dalam acara melepas dan membebaskan burung-burung tersebut. Tapi sayang acara tersebut terlepas rakaman.

 
     
 

Klik disini untuk berita selanjutnya dan foto-foto sepanjang Sukan Tahunan SKAD kali ke-7

 
     
 

 
     
 

Berita Harian, 3 Nov. 2008

 

PKG Pudu Jadi Tumpuan Guru Sedia Bahan Pengajaran, Pembelajaran

Oleh Rosniza Mohd Taha
 

SEKUMPULAN guru berbincang bagi menghasilkan bahan pengajaran di PKG Pudu
 

PUSAT Kegiatan Guru (PKG) Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah antara institusi yang dilengkapi ruang kerja dan peralatan mencukupi, sekali gus memudahkan guru melaksanakan kegiatan dengan selesa dan berkesan.

Nazri Ishak, selaku pegawai dipertanggungjawab mengurus PKG itu, berkata pusat yang ditubuhkan sejak 1993 dan mempunyai 54 sekolah ahli itu dilengkapi dua bilik mesyuarat, bilik perbincangan, makmal komputer, perpustakaan, ruang makan, ruang audio serta ruang santai.

baca selanjutnya.....

 

 
     
 

 
     
 
 
     
 
 
 

Hari ini:

 
   
 
 
 

 
 
 
     

 
ShoutMix chat widget

 
 
 

 
 
 
     
 

 
     
 

 
 

Kementerian Pelajaran
Malaysia

 
     
 

 
 

Bahagian Teknologi
Pendidikan

 
     
 

 
 

Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri
Kuala Lumpur

 
     
 

 
 

Jabatan Pelajaran
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur